jadi seperti padi, lagi berisi lagi tunduk. bukan macam lalang, tak ada isi, makin lama makin tinggi. tak kira sehebat mana pun kita, ada orang lain lagi hebat. kalau kita dah habis paling hebat dah pun, ketahui pada bila2 masa Allah swt boleh tarik balik segala pemberiannya- lagi hebat! Bersyukur selalu dan be humble
sebaiknya jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. bandingkan diri kita dengan pencapaian kita sendiri. setiap manusia adalah unik, oleh itu, perbaiki diri sendiri supaya diri kita pada hari-hari akan datang lebih baik dari semalam!
menang atau kalah, berjaya atau gagal hanyalah bersifat sementara. Kalau berjaya sebelum ni, anytime boleh gagal bila2 masa. Kalau gagal sebelum ni, anytime boleh berjaya. So, tak kira menang atau kalah, ianya hanya sementara
jangan amalkan konsep tunggu dan lihat. Sekiranya anda inginkan sesuatu, dapatkannya! Sekiranya anda mahukan sesuatu, lakukannya! Sekiranya anda impikan sesuatu, jangan hanya duduk termenung!!! Get up and do what it takes! Tiada siapa yang akan dapatkan apa yang anda ingin, mahu dan impi untuk anda. U have to do it yourself!
Sibuk kan diri kita (Bukan buat-buat sibuk!). Bila kita sibuk, momentum kita akan berterusan. Kita akan lebih bijak mengurus masa, dan kita akan lebih bermotivasi untuk menyiapkan kerja-kerja. Sekiranya kita tidak sibuk, momentum akan jatuh, dan motivasi akan berkurangan. Sering cari sesuatu yang produktif untuk anda lakukan dan sentiasa penuhkan masa kita!
sering kali, kita akan take things for granted (ambil mudah) apa yang kita sedia ada seperti kesihatan, keluarga dan kawan. tetapi, sekiranya kita hilang kesihatan, hilang keluarga dan hilang kawan, baru lah kita akan rasa kehilangan dan menyesal. Ambil masa untuk mengsyukuri dan menghargai mereka! Say Thank You Allah!
No comments:
Post a Comment